SETIU, 19 Mei -Seramai 136 penerima terpilih menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas menerusi Program TDM Bersama Masyarakat yang berlangsung di DUN Langkap hari ini.
Program berkonsepkan kemasyarakatan itu dianjurkan bagi menyantuni masyarakat setempat khususnya golongan kurang bernasib baik, asnaf dan mereka yang memerlukan.

"Penganjuran program berkenaan dilihat sebagai bukti komitmen TDM Berhad selaku salah satu anak syarikat kerajaan negeri dalam menyokong usaha kebajikan dan sosial masyarakat selain memperkukuhkan hubungan dengan komuniti setempat.


Tag :