lightning-solid
Berita :
16,000 Kurma Dan Taqwim Puasa Untuk Agihan Di DUN Cukai
16,000 Kurma Dan Taqwim Puasa Untuk Agihan Di DUN Cukai
Ezani Razali
1 hari yang lepas
271

KEMAMAN, 16 Februari - Sebanyak 16,000 kotak kurma dan taqwim puasa sedia diagihkan kepada setiap isi rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato' Hanafiah Mat, berkata semua kurma dan taqwim puasa telah mula diserahkan kepada 30 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan masing-masing.

"Beginilah rutin tahunan yang sentiasa kami lakukan setiap kali tiba bulan Ramadan. 

"Kami mengharapkan program sebegini dapat menyemarakkan semangat Ramadan. Walaupun ianya hanya pemberian kecil, namun ianya merupakan tanda kprihatinan dan kasih antara satu sama lain," katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

WhatsApp Image 2026-02-15 at 9.49.43 PM.jpeg 232 KB
Hanafiah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri turut mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua yang beragama Islam.

"Semoga Ramadan kali ini membawa sinar keberkatan dalam hidup kita, keluarga dan masyarakat seluruhnya," katanya.

WhatsApp Image 2026-02-15 at 9.49.45 PM.jpeg 174.01 KB


Tag :

Artikel Berkaitan