Kerajaan Terengganu terus memacu peningkatan populasi ternakan berkualiti tinggi apabila memperuntukkan RM2 juta bagi membawa masuk 117 induk betina dan 11 pejantan baka Brahman dan Limousine dari Australia, sebelum diagihkan kepada 65 penternak terpilih di seluruh negeri sebagai langkah strategik memperkukuh industri ruminan.