Ameerah DUN Sura Sumbang Kit kebersihan Kepada PASTI

DUNGUN, 27 Ogos- Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura menyerahkan sumbangan kit kebersihan percuma kepada anak-anak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di DUN berkenaan sebagai tanda sayang dan usaha murni menangani penularan pandemik COVID-19. 

Ketuanya, Khadijah Tahar berkata, pemberian terbabit adalah untuk memastikan pelajar dan guru PASTI sentiasa kekal bersih. 

“Kita namakan ini sebagai ‘Projek Kami Sayang Sekolah’ dimana kami turun ke semua PASTI dalam DUN Sura dan agihkan kit kesihatan yang mengandungi pelitup muka, pensanitasi tangan dan pencuci tangan," ujarnya kepada pemberita selepas mengagihkah kit di beberapa PASTI, baru-baru ini.

Munurut Khadijah lagi, projek ini akan diteruskan lagi ke tadika dan sekolah-sekolah di DUN berkenaan

“InsyaAllah kami akan teruskan sumbangan ini ke tadika dan sekolah sekolah terpilih pada masa akan datang. 

"Kami juga membuka peluang dan ruang kepada warga Dungun dan sesiapa sahaja untuk terus memberi sumbangan kepada kami untuk kami sampaikan kepada anak-anak diluar sana,” ujarnya. 

Dalam masa yang sama, bendera jalur gemilang turut diedar sempena bulan kemerdekaan dan hari merdeka yang akan tiba tidak lama lagi.