Azizulhasni Awang. Foto ihsan - UCI. |
KUALA TERENGGANU, 22 Januari - Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, 32, mendapat rangsangan terbaik dalam usaha meraih pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas melonjak ke tempat pertama bagi acara Men Elite Keirin.
Berdasarkan senarai ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang dikeluarkan hari ini, juara dunia keirin 2017 itu kini berada pada ranking pertama selepas mengumpul 2,560 mata.
Pelumba kelahiran Terengganu itu berada sembilan mata di hadapan jaguh Jepun dan 212.5 mata berbanding pelumba Perancis, iaitu Yudai Nitta serta Vigier Sebastien.