Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Nek Dah menerima bantuan kerusi roda. |
Oleh: Saifullah Jusoh
BESUT, 5 Mei - Seorang warga emas, Rashidah Mat Saman melahirkan rasa gembira selepas mendapat sumbangan sebuah kerusi roda yang bakal memudahkan urusan hariannya.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, warga emas itu yang juga dikenali sebagai Nek Dah tidak dapat melakukan aktiviti harian seharian kerana keuzurannya.
Jelasnya, sudah menjadi hasrat kerajaan untuk memudahkan urusan hidup setiap rakyat Terengganu dan sudah pasti sumbangan itu dapat meredakan keresahan dan kesusahan yang dihadapi Nek Dah.
"Saya harap dengan sumbangan ini Nek Dah dapat melakukan aktiviti harian dengan lebih selesa.
"Kita juga akan memastikan rakyat yang memerlukan terus mendapat hak yang sepatutnya mereka dapat," kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada program tersebut di Pulau Perhentian, di sini, kelmarin.
Turut hadir dalam program ziarah itu ialah Pegawai Agama Daerah Besut, Zahari Sulong dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pulau Perhentian, Mohd Zakuwan.
Selain itu, Nek Dah turut mendapat sumbangan beras daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
Nek Dah sangat menghargai usaha dan sumbangan yang telah diberikan itu.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk mengurangkan beban saya dan keluarga," ujarnya.