SHMMP KRISMAS: 176 Anggota KPDN Terengganu Ditugaskan Pantau Harga
Oleh : Adli Mohamad
KUALA TERENGGANU, 22 Mei - 'Car Food Sahur' (CFS) di Batu Burok kini menjadi satu alternatif bagi masyarakat sekitar dan luar Terengganu untuk bersahur secara santai bertemankan deruan ombak pantai dan suasana malam yang lebih tenang.
Urusetia CFS, Arif Aril Abdul Razak berkata idea ini bermula daripada mereka yang terlibat dengan komuniti yang kecil melalui Belia Kreatif Terengganu.
"Pada awalnya kita cuba mencari idea apabila menjelangnya Ramadan untuk kami cari dan mencuba sesuatu insiatif yang baru.
" Jadi kita cuba meniaga dengan melibatkan rakan-rakan didalam komuniti, Alhamdulillah ianya mendapat sambutan pada awal kita bermula pada tahun 2015 dan diteruskan pada tahun seterusnya sehingga kini," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Tapak 'Car Food Sahur', di belakang Hospital Sultanah Nur Zahirah, Pantai Batu Burok baru-baru ini.
Menurut Aril, pada awal perniagaan konsepnya lebih kepada bekerjasama dari segi menjaga kebersihan tempat dan saling membantu sesama sendiri dan ia disebarkan melalui media sosial.
"Tempat awal kita dibelakang A&W, bermula tahun 2016 kita memulakan ditapak belakang hospital ini dan sekarang kita telah tambah baik dari segi fasiliti supaya nampak lebih santai dan sesuai bersama keluarga,"katanya lagi
Menurutnya, 'Car Food Sahur' telah mendapat sokongan penuh dari kerajaan negeri sejak dibawah Menteri Besar yang lalu sehingga kini, dan mendapat kerjasama dari Pelancongan Negeri Terengganu sendiri yang turut mempromosikan program ini disamping memberi idea.
"Bantuan dari kerajaan negeri yang kita dapat ialah dibenarkan menggunakan tandas, bekalan air, dan sebagainya.
'CFS turut berkolaborasi dengan 'buskers' kerana disamping berniaga mereka turut mengutip derma dan sumbangan untuk diberikan kepada anak yatim, mengunakan kumpulan 'buskers' di Terengganu dan yang paling memberi sokongan adalah Kumpulan KT Buskers,"ujar Aril.
Beliau yang amat berkeyakinan program ini akan dapat menjadi salah satu tarikan pelancongan yang akan mampu menarik dan menjadi sebab untuk orang datang ke Terengganu.
'Car Food Sahur' berkenaan dikunjungi oleh 1000 pengunjung dalam sesuatu masa, dengan pilihan 30 gerai makanan, bermula dari pukul 12 tengah malam sehingga lima pagi.