COVID-19 : MSNT Sumbang Keperluan Harian Bantu Atlet

KUALA TERENGGANU, 30 Mac - Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mengambil inisiatif membantu atlet-atlet di bawah naungannya dengan sumbangan berupa pek barangan keperluan harian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah menyatakan, sumbangan tersebut disampaikan kepada seramai 120 atlet dan 42 kakitangan MSNT di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

“Hari ini kita menyampaikan sumbangan yang merupakan inisiatif MSNT untuk membantu atlet kepada sebahagian mereka, mudah-mudahan dapat ringankan bebanan sepanjang tempoh PKP yang sedang berlangsung ini,” katanya.

Wan Sukairi puji inisiatif MSNT.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan ringkas yang turut dihadiri Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu di pejabat MSNT, hari ini.

Jelasnya, sumbangan itu akan turut disalurkan secara berperingkat kepada atlet-atlet di daerah lain.

Wan Sukairi turut memuji inisiatif pemantauan menggunakan video yang dilaksakan MSNT dalam mempersiapkan atlet untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang masih ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19.

“Ia satu kaedah yang cukup baik, walau dalam keterbatasan kita masih mampu mengaktifkan atlet pada kadar paling minima dan sedikit sebanyak membantu para atlet berada dalam keadaan siap siaga sentiasa,” katanya.
 


Tag: