Enduro Challenge 4x4 Promosi Bukit Besi


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 17 Disember - Kejohanan sukan lasak, Enduro 4x4 Championship 2018 yang bermula 15 hingga 16 Disember baru-baru ini dapat mempromosikan Bukit Besi menjadi satu destinasi untuk dilawati.

Penyelas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, acara ini  sering menjadi tumpuan serta sentiasa mendapat penyertaan dari dalam dan luar negeri.

"Kita mengalu-alukan program sebegini diadakan di Bukit Besi.


"Kita ada trek-trek yang menarik yang kaya alam semulajadi di sini.

"Disamping itu, ia juga memberi impak ekonomi kepada penduduk Bukit Besi kerana merek diberikan peluang dan ruang berniaga secara percuma," katanya kepada pemberita semasa ditemui dalam acara berkenaan di Tasik Puteri baru-baru ini (15 Disember).

Tirai kejohanan dibuka seawal pagi dengan aksi motocross di litar basah dan licin.
Ghazali berharap semangat kejohanan yang tinggi akan menjadikan perlumbaan lebih menarik.

"Hujan tidak henti-henti sejak semalam menjadikan litar sedikit licin dan becak, namun acara tetap diteruskan.

"Keadaan ini tentu menjanjikan aksi dan cabaran yang tersendiri," katanya.


Acara anjuran Alam Perkasa Group bersama Terengganu Four Wheller Team itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman.



Tag: