Gaya Hidup Sihat Cara Dr SAM


 
Dr SAM bersama isteri di satu lokasi di Bandar Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU, 26 Disember - Kecergasan dan kesihatan menjadi agenda penting bagi mensejahterakan warga Terengganu. Ia dimulai sendiri oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr SAM) sebagai ketua kerajaan negeri.

Waktu petang dengan cuaca yang agak baik, Dr SAM bersama isteri Tuan Faizah Abd Rahman

dan beberapa orang lain berbasikal sepanjang kira-kira 11 kilometer menyusuri pantai dari kediaman beliau di Batu Burok di sini baru-baru ini.

Trek laluan basikal Dr SAM bersama isteri di Kuala Terengganu.


Dengan mengambil masa selama 38 minit mereka berbasikal sambil melihat pembangunan dan kehidupan rakyat di sekitar bandar Kuala Terengganu yang dikenali sebagai Bandar Pesisir Air satu ketika dahulu.

Mereka berkayuh dengan tenang menghirup udara petang dan menikmati suasana senja yang indah.

Boleh dikatakan sukan dan rekreasi khususnya sukan berbasikal sudah menjadi budaya kepada pemimpin dan rakyat negeri Terengganu hari ini sehingga sukan itu menjadi popular, mendapat perhatian dan penyumbang utama kemenangan dalam mana-mana acara sukan berkaitan di persada negara dan dunia.

Dr SAM berbasikal melalui beberapa batang jalan di bandar Kuala Terengganu.


Walaupun sebelum ini tiada trek khusus dibina kerajaan untuk melatih atlet berbasikal di negeri ini namun dengan trek jalan raya yang pelbagai dimensi dan bentuk geografinya, melatih atlet negeri maju ke depan, mengatasi atlet negeri-negeri lain.

Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk tabung sukan yang bakal dimanfaat untuk membantu pembangunan sukan negeri sebagaimana terkandung dalam Bajet Terengganu 2019.

Justeru bagi merealisasikan agenda sukan itu satu trek basikal bercirikan keselamatan bakal dibina dari Teluk Ketapang Kuala Nerus hingga ke Kuala Ibai di sini dijangka menelan belanja sebanyak RM2.9 juta.

Dr SAM tenang berbasikal menikmati suasana senja di Bandar Kuala Terengganu.


Dengan kemudahan ini, diharapkan ia akan membudayakan aktiviti berbasikal dan gaya hidup sihat di kalangan rakyat serta melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi dari negeri Terengganu.


Tag: