Gelanggang Baharu Suntik Semangat Si Perejam

KEMAMAN, 9 April - Dengan siapnya gelanggang sepak takraw yang baharu di Kampung Pengkalan Cicar, Kijal ianya menaikkan lagi semangat si perejam bola gajah emas untuk meneruskan warisan sukan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Pengkalan Cicar, Razali Awang berterima kasih dan bersyukur kerana apa yang diidam oleh pemain sepak takraw di kampung dibawah pengurusannya akhirnya tercapai.

Razali Awang

"Alhamdulillah dan terima kasih kepada Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dengan kerjasama Pejabat Daerah Kemaman yang telah menyokong dan meluluskan permohonan kami sebelum ini.

"Mungkin kerana kesungguhan dan semangat anak-anak muda yang turut dirasai oleh kami dalam merancang dan mengurus sehingga gelanggang baharu ini dapat disiapkan dalam masa yang agak singkat," katanya.

"Sebanyak RM10 ribu telah dibelanjakan bagi menyiapkan gelanggang kedua ini bagi mengurangkan masa menunggu regu takraw yang turun pada setiap petang," ujarnya.

Razali ketika ditemui digelanggang tersebut tempohari mengharapkan agar dengan ini dapat mengurangkan kecenderongan anak-anak muda dikampungnya kearah aktiviti yang tidak sihat.

Ustaz Hazri Jusoh (tiga dari kiri) menghulurkan bola takraw.

Terdahulu, Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh turut bersemangat walaupun sentiasa sibuk tapi sempat juga turun padang menjenguk si perejam ini dengan menghulurkan beberapa biji bola sebagai tanda sokongan bagi mereka meneruskan sukan warisan ini.


Tag: