MARANG, 1 Mac - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mahukan hukuman terhadap penghina Nabi Muhammad SAW lebih keras bukan setaraf denda peminum arak.
Menurut beliau, hukuman itu tidak terbatal dengan sebab pelaku itu telah bertaubat.
"Ini menunjukkan betapa jahatnya penghina Nabi SAW dan kami orang Islam menjadi nyawa, diri dan harta benda kami sebagai galang ganti untuk berdepan dengan mereka, " katanya ketika berucap di Majlis Himpunan Aman bagi Membantah Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW di perkarangan Masjid Rhu Muda di sini hari ini.
Turut hadir memberi ucapan, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) , Haji Yahaya Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Yusof Abdul Hadi.