i-MiTS Turun Padang Rasai Denyut Nadi Masyarakat


KUALA NERUS - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) turun padang bersama rakyat untuk merasai sendiri setiap denyut nadi dalam segmen kehidupan masyarakat.

Pengarah i-MiTS, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, ianya untuk mengeratkan hubungan pemimpin dan rakyat.

“Perlawanan persahabatan Bola Sepak Blind Futsal di antara i- MiTS dengan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Wilayah Terengganu untuk meraikan golongan istimewa agar tidak terasa asing bersama masyarakat awam normal.

“Sukan sebagai penghubung segenap lapisan  masyarakat dan merasai sejenak kesukaran hidup yang dilalui golongan tiada penglihatan,” katanya.


Beliau yang juga Ketua Pemuda Negeri Terengganu berkata demikian ketika dihubungi pihak media,  8 Oktober.

Kamaruzaman berkata, program tersebut diadakan pada 6 September lalu di Dewan Futsal Telaga Daing Seberang Takir, Kuala Nerus.

Tambah beliau, 'Blind Futsal' bersama warga Pertis Wilayah Terengganu merupakan satu aktiviti perlawanan untuk merapatkan silaturahim.





Tag: