Pulau Bidong Diwartakan Sebagai Taman Negeri Lindungi Khazanah Biodiversiti
KUALA NERUS, 28 Mei - Institut Jantung Negara (IJN) Ride For Your Heart 2023 menarik lebih 600 peserta berbasikal di Terengganu.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Akmal Arief Mohamed Fauzi berkata acara ini bertujuan untuk memupuk kesedaran kepada semua golongan terhadap kesihatan dalam kehidupan.
Katanya, IJN sentiasa aktif dalam melaksanakan program sebegini bagi memberikan ilmu kepada masyarakat setempat terhadap pentingnya bersenam bagi mengelakkan sebarang penyakit dalam ada badan kita.
“Progran yang bermula pada jam 7.00 pagi itu turut menerima penyertaan dari seluruh negara dengan pelbagai lapisan umur.
“Penganjuran kali ini membabitkan tiga kategori iaitu 30 kilometer (km) Fun Ride serta 88km dan 120km di mana kedua-dua kategori itu formatnya adalah perlumbaan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Berbasikal Institut Jantung Negara (IJN) Ride For Your Heart 2023 yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bertempat di Hospital Pengajar, UniSZA di sini semalam.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Akmal Arief Mohamed Fauzi, Pengarah HPUniSZA, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi A Latif dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja.
Tambah Akmal, penganjuran ini sentiasa mendapat sambutan setiap kali diadakan di samping dapat mendidik diri kita untuk kekal sihat dengan aktiviti bersukan.
Katanya lagi, Terengganu menjadi pilihan penganjuran edisi ketiga IJN Ride 4 Your Heart itu kerana mahu memberi pengalaman bermakna kepada setiap peserta.
“Dengan 2023 adalah tahun melawat Terengganu, ia juga adalah peluang terbaik untuk menganjurkan aktiviti berbasikal ini.
“Acara yang berakhir pada jam 12 tengahari itu berjalan dengan lancar dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku,” ujarnya.