lightning-solid
Berita :
'Anxiety' Buatkan 200 Orang Berhimpun di Masjid Ladang
'Anxiety' Buatkan 200 Orang Berhimpun di Masjid Ladang
Mohd Irsyadi Abu Bakar
7 jam yang lepas
95

KUALA TERENGGANU, 29 Julai- Kira-kira 200 peserta dari pelbagai agensi, jabatan dan persendirian hadir ke Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang hari ini, bagi mendapatkan kefahaman lebih lanjut tentang penyakit kemurungan (depresi) dan keresahan (anxiety) yang banyak berlaku kebelakangan ini.

Keputusan pihak masjid menganjurkan Program Jom Sihat dengan tajuk 'Anxiety dan Depresi: Isu dan Penyelesaian' yang menampilkan Pegawai Psikologi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Suraya Sulong, mendapat reaksi yang baik dari masyarakat setempat yang turut hadir menyertainya secara individu.

Pegawai Unit Wanita & Keluarga masjid, Farhana Ab Manang, memaklumkan bahawa program berkenaan merupakan satu usaha Masjid Al-Muktafi Billah Shah mendidik dan membantu masyarakat berkaitan isu-isu semasa dalam kehidupan seharian.

Jelasnya, sumbangan masjid tidak terhad kepada agihan bantuan dan program keagamaan semata-mata, sebaliknya pelaksanaan program-program yang bersifat membina keperibadian dan memajukan manusia turut menjadi medium sumbangan.
"Selain siri Program Jom Sihat, masjid juga ada menyediakan Khidmat Nasihat Syarie, satu sesi konsultasi bersama peguam-peguam syarie yang diadakan secara bulanan," katanya.


Tag :

Artikel Berkaitan