Berita :
Hulu Dungun Berpotensi Jadi Hub Pertanian Moden
Hulu Dungun Berpotensi Jadi Hub Pertanian Moden
Noraini Jusoh
1 jam yang lepas
57

KUALA TERENGGANU, 22 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman mencadangkan supaya Hulu Dungun dijadikan hub pertanian moden termasuk tanaman napier, buah-buahan dan penternakan.

Menurut beliau, Bukit Besi dan kawasan sekitarnya mempunyai tanah yang subur dan luas. 

Katanya, sektor ini tidak lagi boleh dilihat sebagai tradisional tetapi mesti digerakkan secara moden dan berteknologi.

"Potensi pertanian sangat besar jika tanah terbiar diusahakan secara moden, tanaman bernilai tinggi diperkenalkan selain peserta RTB dan pekebun kecil dibantu dengan teknologi dan modal," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Diraja pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15, Di Wisma Darul Iman, semalam.

Justeru katanya, tanah terbiar perlu dioptimumkan dimana anak-anak muda perlu diberi insentif untuk menceburi bidang ini agar sektor pertanian terus segar dan berdaya saing.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan penggunaan teknologi pintar (smart farming) diperluas disamping menggalakkan tanaman bernilai tinggi seperti fertigasi, herba dan buah premium.

"Kerjasama antara agensi kerajaan dan pemain industri juga perlu diperkasa," ujarnya.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan