Berita :
Konflik Iran-AS-Israel Dijangka Berlarutan, Bahang Ekonomi Dunia Makin Terasa
Konflik Iran-AS-Israel Dijangka Berlarutan, Bahang Ekonomi Dunia Makin Terasa
Rohayati Ripin
2 jam yang lepas
17

KUALA TERENGGANU, 18 Mac – Konflik yang semakin memuncak antara Iran, Amerika Syarikat dan Israel dijangka berlarutan serta memberi kesan besar kepada kestabilan dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, perkembangan semasa menunjukkan peperangan tersebut berpotensi berpanjangan susulan serangan yang disifatkan di luar jangkaan dan melanggar undang-undang antarabangsa tanpa kelulusan United Nations.

Katanya, tindak balas daripada Iran adalah sesuatu yang dijangka, malah serangan balas itu bukan sahaja menyasarkan Israel, bahkan turut melibatkan kepentingan strategik seperti pangkalan tentera Amerika Syarikat di beberapa negara Arab.

"Konflik ini perlu dihentikan segera kerana kesannya sangat besar, khususnya kepada ekonomi dunia. Bahangnya juga sudah mula dirasai di negara kita,

"Justeru, apa-apa pun, kita mendoakanlah mudah-mudahan konflik ini dapat dihentikan dengan segera, kerana kesannya sangat besar, khususnya kepada ekonomi dunia," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Berbuka Puasa MB Bersama Media dan Pempengaruh 2026, di Permai Hotel, semalam.

Dr. Muhammad Khalil turut menjelaskan bahawa negara-negara yang bergantung kepada bekalan minyak dari rantau Teluk seperti di Eropah dan Asia Timur termasuk Jepun serta Korea bakal menerima kesan lebih ketara sekiranya konflik berlarutan. 

Dalam pada itu, beliau menegaskan pendirian umat Islam untuk menolak segala bentuk kezaliman, termasuk tindakan yang dikenakan ke atas Iran.

"Apa jua keadaan, kita menentang kezaliman. Bukan sahaja umat Islam, bahkan terdapat juga rakyat di Amerika Syarikat sendiri yang menolak peperangan ini kerana ia jelas bersifat menindas," ujarnya.

Beliau turut menyeru agar semua pihak mendoakan agar konflik tersebut dapat dihentikan segera demi keamanan sejagat dan kestabilan ekonomi dunia.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan