Berita :
Pemergian Hakim Wanita Terawal, Tinggalkan Kesan Mendalam Kepada Negara
Pemergian Hakim Wanita Terawal, Tinggalkan Kesan Mendalam Kepada Negara
Adli Mohamad
2 jam yang lepas
65

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Pemergian tokoh badan kehakiman negara, Siti Norma Yaakob disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada sistem perundangan Malaysia, khususnya dalam sejarah penglibatan wanita dalam institusi kehakiman.

Pengerusi Persatuan Undang-Undang dan Hak Asasi Rakyat (PRUHART) Malaysia, Nor Raihan Abdullah berkata, Allahyarhamah merupakan antara hakim wanita terawal dalam sistem kehakiman negara yang telah membuka ruang luas kepada penyertaan wanita dalam bidang perundangan. 

Menurut beliau, pelantikan Allahyarhamah pada ketika itu menjadi titik penting dalam perkembangan institusi kehakiman apabila ia membuktikan wanita juga mampu memainkan peranan penting dalam menegakkan keadilan serta menyumbang kepada pembangunan sistem perundangan negara.

“Allahyarhamah dikenang sebagai antara hakim wanita terawal dalam sistem kehakiman negara, dan pelantikan beliau telah membuka ruang kepada lebih ramai wanita untuk menyumbang dalam institusi kehakiman,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, Kelmarin. 

Beliau berkata, legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarhamah bukan sahaja memberi kesan kepada dunia perundangan, malah menjadi inspirasi kepada generasi baharu khususnya wanita untuk terus menyumbang kepada sistem keadilan negara dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan amanah.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa sejarah Islam juga membuktikan peranan wanita dalam pentadbiran masyarakat telah lama diiktiraf.

Katanya, antara contoh yang sering dirujuk ialah Shifa bint Abdullah yang pernah dilantik oleh Umar ibn al-Khattab sebagai Al-Muhtasib atau Ketua Pegawai Penguatkuasa Pasaran di Madinah.

“Jawatan ini berperanan mengawasi urusan perdagangan, memastikan keadilan dalam transaksi serta memelihara integriti sistem ekonomi masyarakat, suatu fungsi yang pada hari ini boleh diibaratkan setaraf dengan institusi pengawalselia moden seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,” katanya.

Selain itu, sejarah juga mencatatkan peranan penting Umm Salamah yang memberikan pandangan strategik kepada Muhammad ketika berlakunya Perjanjian Hudaibiyah sehingga membantu meredakan ketegangan dalam kalangan para sahabat.

Menurut beliau, contoh-contoh tersebut menunjukkan bahawa sejak awal tamadun Islam, wanita telah memainkan peranan penting dalam pentadbiran, penggubalan dasar serta pengurusan masyarakat.

Sehubungan itu, PRUHART merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan sumbangan Allahyarhamah kepada dunia perundangan serta badan kehakiman negara.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katan


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan