Jalur Gemilang
Berita :
RM526.08 Juta Perkasa Sistem Bekalan Air Terengganu
RM526.08 Juta Perkasa Sistem Bekalan Air Terengganu
Rohayati Ripin
8 jam yang lepas
45

KUALA TERENGGANU, 22 November – Kerajaan Negeri Terengganu bersama Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) membelanjakan RM526.08 juta bagi pembangunan dan penambahbaikan sistem bekalan air di seluruh negeri sepanjang tempoh 2022 hingga 2025.

 Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dato’ Hanafiah Mat berkata, jumlah berkenaan merangkumi perbelanjaan pembangunan melalui peruntukan Kerajaan Negeri di bawah seliaan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jabatan Bekalan Air Terengganu (JBA), selain perbelanjaan dalaman SATU.

 Menurutnya, peruntukan itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama SATU dalam memperkukuh sistem bekalan air bagi memenuhi keperluan rakyat.

 “Kerajaan Negeri Terengganu bersama Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd telah membelanjakan sejumlah RM526.08 juta bagi pembangunan dan penambahbaikan sistem bekalan air di seluruh Negeri Terengganu bagi tempoh 2022 sehingga 2025.

 “Perbelanjaan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kapasiti, kecekapan dan kualiti sistem bekalan air demi memenuhi keperluan rakyat,” katanya ketika menjawab soalan lisan ADUN Manir, Hilmi  Dato' Harun pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

 Dalam jawapan sama, beliau berkata, sebanyak RM20.8 juta dibelanjakan bagi sistem bekalan air baharu melalui Vot E33 JBA bagi tempoh berkenaan, manakala perbelanjaan dalaman SATU bagi pembangunan pula berjumlah RM16.14 juta.

Jumlah keseluruhan RM526.08 juta itu melibatkan pelbagai usaha pembangunan dan penambahbaikan sistem bekalan air di seluruh negeri dalam tempoh empat tahun.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan