NILAI, 12 April - Program temu mesra sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama perantau di Negeri Sembilan mendapat sambutan hangat dengan kehadiran luar jangkaan, petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Terengganu, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah menzahirkan rasa syukur dan gembira di atas sambutan luar biasa anak-anak perantauan yang menerima kehadiran sebahagian barisan kepimpinan negeri.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana untuk makluman, program raya perantau ini yang pertama diadakan di Negeri Sembilan.

Selain beliau, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi serta Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman turut hadir meraikan pengunjung.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail dan Presiden PERANTAU Pusat, Professor Madya Dr Mohd Nuri Al-Amin Endut.

"Program ini adalah satu platform untuk kerajaan negeri meneruskan 'engagement' dengan anak-anak Terengganu di perantauan.
"Jadi, jalinan ini kena berterusan dan tidak boleh sangkut dengan isu-isu yang berlaku.

"Kalau dulu mungkin kita banyak peruntukan dengan pelbagai juadah, namun kali ini dengan peruntukan sedikit kurang dan juadah yang sederhana.
"Ertinya raya tetap kita sambut dan majlis diadakan tetapi dengan suasana yang berbeza," jelasnya.

"Kita bersyukur dan tidak jangka sebegini (ramai) kerana baru pertama kali.
"Kita sebenarnya rancang untuk cari tempat paling ramai dan Nilai merupakan kawasan paling ramai anak-anak perantau Terengganu.
"Jadi, kita yakin selepas ini jika buat ramai akan keluar dan menyertainya," katanya.

Tag :