Jalur Gemilang
Berita :
Jambatan Sungai Kepah Ditutup, Pengguna FT247 Perlu Guna Laluan Alternatif
Jambatan Sungai Kepah Ditutup, Pengguna FT247 Perlu Guna Laluan Alternatif
Mastura Jamal Din
15 jam yang lepas
242

HULU TERENGGANU, 13 Oktober– Pengguna Jalan Kuala Berang-Sungai Tong (FT247) perlu menggunakan laluan alternatif susulan penutupan sepenuhnya Jambatan Sungai Kepah bermula Selasa.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan di Seksyen 11.60 itu berkuat kuasa mulai jam 9 pagi, 13 Oktober, sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Penutupan berkenaan melibatkan semua jenis kenderaan dan pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesulitan.

Menurut kenyataan itu, terdapat dua laluan alternatif yang boleh digunakan, iaitu melalui Jalan Tapah Kepah-Jalan Kampung Kuala Pueh serta Jalan Tapah/Payang Kayu/Baung/Ping-Jalan Gaung/Kampung Pueh/Jenagor.

Pengguna jalan raya turut diingatkan supaya mematuhi papan tanda arah yang disediakan dan menggunakan laluan alternatif bagi memastikan perjalanan berjalan lancar.

Orang ramai dinasihatkan mengambil maklum mengenai penutupan berkenaan dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa sebelum memulakan perjalanan.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan