Jersi Ketiga Terengganu FC Dapat Sambutan Luar Biasa

Jersi ketiga TFC, tampil warna luar biasa.


KUALA TERENGGANU, 19 April – Jualan jersi ketiga Terengganu Football Club (TFC) yang mula dijual awal petang hari ini mendapat sambutan luar biasa peminat.

Kakitangan Terengganu FC Merchandise Store, Fazrul Azril berkata, rata-rata peminat menganggap gabungan warna kuning emas (golden yellow) dan ungu memberikan kelainan bagi peminat Terengganu.

“Ramai yang membelinya kerana ia merupakan warna yang baru digunakan TFC berbanding kebiasaannya, hitam dan putih.

“Setakat ini hampir 100 helai terjual setakat petang tadi dengan ramai memilih potongan (cutting) Ultra Fit,” katanya ketika ditemui di butik berkenaan, hari ini.
Fazrul tunjuk potongan Ultra Fit (berkotak) dan potongan biasa.

Bagi yang belum mendapatkannya, jersi ini terdapat dua potongan (cutting) reka bentuk iaitu Ultra Fit dan biasa dengan masing-masing berharga RM139.00 dan 99.00.

Dalam pada itu, beberapa peminat TFC yang ditemui petang tadi sudah mula mengenakan jersi baharu masing-masing sempena perlawanan yang berlangsung hari ini.

Tun Muhammad Hamidi Yusof dari Kuala Berang berpendapat, jersi ketiga ini sangat cantik, berkualiti dan berpatutan harganya.

“Warna ungu logo amat menyerlah dalam warna kuning jersi ini,” katanya.

Rakannya pula, Ahmad Alif Hilmi Ismail memaklumkan warna baharu ini betul-betul menarik minatnya.

“Apabila tengok jersi kuning ini, saya terus ajak rakan-rakan untuk datang membelinya,” katanya yang hadir bersama-sama seorang lagi teman mereka, Ahmad Rosli.
Alif, Rosli dan Hamidi pamer sokongan dengan membeli jersi original.



Tag: