Kurma Untuk Peniaga Pasar Cabang Tiga



Oleh: Syed Abdul Rahman

KUALA TERENGGANU, 9 Mei - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Bandar dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) mengagihkan sumbangan buah kurma kepada 160 peniaga di Pasar Chabang Tiga, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, sebagai meraikan Ramadan pihaknya turun padang menemui peniaga sambil menyampaikan buah kurma.


Katanya, kunjungan itu juga sebagai menghargai dan melahirkan rasa syukur melihat kemeriahan suasana Pasar Cabang Tiga yang dibanjiri ramai pengunjung terutama pada bulan ini.

"Ada peniaga yang berbisik pada saya, berkat Bulan Ramadan ini menjadikan rezeki berniaga semakin bertambah berbanding bulan yang lain.

"Selamat melakukan ibadah di bulan Ramadan kepada seluruh peniaga Pasar Cabang Tiga ini. Mudah-mudahan diluaskan pintu rezeki oleh Allah SWT," tambahnya lagi.


Tag: