Sebagai farmaseutikal yang telah berdiri selama empat dekad di Terengganu, Farmasi Lautan menyokong usaha kerajaan negeri dalam merintis pembudayaan gaya hidup sihat melalui pengamalan pemakanan baik dan aktiviti kecergasan di semua entiti kerajaan negeri sebagaimana yang dibentang dalam Belanjawan Terengganu 2026, baru-baru ini.