Lawatan kerja Kerajaan Terengganu ke MYTV Broadcasting Sdn Bhd
Satu lawatan kerja Kerajaan Negeri Terengganu yang diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah ke MYTV Broadcasting Sdn Bhd di Cyberjaya baru-baru ini telah menghasilkan satu perbincangan dan penelitian dengan lebih terperinci bagi merealisasikan impian Terengganu untuk memiliki siaran televisyen sendiri.