Makanan Percuma 'Food Truck' Curi Tumpuan Pengunjung




Antara pengusaha 'food truck' siap sedia menyiapkan makanan percuma kepada pengunjung.
Oleh : Adli Mohamad

KUALA NERUS, 1 Januari- Di antara perkara yang mencuri tumpuan pada Majlis Ambang Sambutan Tahun Baru 2019 di sini ialah makanan percuma dari 'Food Truck'.  

Pelbagai jenis kuih termasuk Rojak Tonggek Penang, Peeza, Mc Nor Apam Balik, Burger, Keropok, Ais Krim Durian D-24, Kambing Sandwich, kambing golek  dan sebagainya diberi percuma melalui 20 buah 'food truck' di perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak di sini semalam. 

Nor Shamsinar, Pengusaha roti hamlek 'Food Truck', memaklumkan semua makanan yang diberi percuma itu adalah dibayar oleh kerajaan negeri.  

"Makanan ringan dan air dibayar RM1,000 dengan dimasukkan ke akaun masing-masing selepas dua bulan.  


Antara pengunjung yang mendapatkan ais krim percuma dari 'food truck'.
"Sempena program ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu kerana cara sebegini dapat memperkenalkan perniagaan 'food truck' kepada khalayak umum," ujarnya.  

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di Perkarangan Stadium Gong Badak, Pada Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2019, di sini semalam.   Menurutnya perniagaan 'Food Truck' kerana mudah dan senang.  

"Dengan adanya 'food truck' ini,  saya tidak perlu lagi mengangkat barang-barang perniagaan kerana perniagaan boleh dilaksana di atas 'food truck' sendiri.  

"Saya biasa berniaga di 'event-event' yang dimaklumkan bergerak melalui kumpulan termasuk ' Peroda' dan ' T-Truck' yang bergerak secara aktif di Terengganu," ujarnya. 

Sehubungan itu, Pengusaha keropok lekor 'Food Truck', Nur Fidayu Nafisha, berkata idea beliau menjual secara 'food truck' datnf ketika berkunjung ke Kuala Lumpur.  "Sebelum ini saya berniaga melalui cara membuka kanopi. 

Setelah berkunjung ke sana, saya memcuba berniaga secara begini (Food Truck)," ujarnya yang berasal dari Kuala Telemong.  

Ditanya kenapa memilih meniaga keropok beliau berkata,  makanan itu sudah popular dan begitu digemari ramai.  

"Saya turut berterima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu, secara tidak langsung dapat membantu peniaga seperti saya dalam memperkenalkan perniagaan melalui 'food truck' ini kepada orang ramai," jelasnya.

Tag: