SETIU, 26 November - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Undangan Negeri Langkap pada tengah hari ini terus meningkat dengan seramai 219 orang telah berpindah ke empat PPS.
PPS SK Batu 29 mencatatkan mangsa seramai 108 orang dari 28 keluarga, PPS SMK Langkap seramai 85 orang dari 24 keluarga manakala PPS Masjid Chalok Kedai mencatatkan bilangan mangsa 26 orang dari 9 keluarga.
Menurut MyPublicInfoBanjir setakat jam 11.15 pagi, paras air Sungai Nerus di Kampung Langkap mencatatkan bacaan 20.51 meter, melebihi paras amaran 20.00 meter, sekali gus mengakibatkan beberapa kawasan rendah mula dinaiki air.