MPKK Felda Jerangau Mahu Lahirkan Belia Sihat


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 7 Mei - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau sentiasa ambil cakna dan sentiasa mengambil tahu segala keperluan belia Felda Jerangau bagi memastikan mereka terjaga dan menjadi aset yang bernilai kepada Terengganu.

Timbalan Pengerusi MPKK Felda Jerangau, Cawangan A, Mohd Ridhuan Yusoff berkata, pihaknya sedar kerajaan negeri berhasrat untuk melahirkan belia yang sihat.

Katanya, bukan sahaja berkaitan jasmani bahkan rohani dengan memiliki spiritual yang mantap dengan sisipan pengukuhan jiwa dengan ilmu agama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas Program Penyampaian Hadiah Kejohanan Sepak Takraw yang melibatkan para belia di Felda berkenaan, baru-baru ini
Turut hadir, Pengerusi MPKK Felda Jerangau B, Anuar Omar dan Pengerusi MPKK Felda Jerangau Cawangan Tangki Air, Zali Kassim.

Ridhuan, menyatakan kejohanan yang diadakan itu adalah menzahirkan sokongan terhadap belia di kampung tersebut yang gemarkan aktiviti Sepak Takraw.

"Kita sedar bahawa dengan sukan akan dapat menjalinkan hubungan yang sihat diantara para belia.

" Pihak kami mewakili kerajaan negeri sudah tentu perlu sedaya upaya menjaga kebajikan  mereka agar mencapai impian dan matlamat golongan itu," ujarnya.
Tambahnya lagi, belialah yang memainkan peranan bagi menunjukkan kejayaan pentadbiran pada sesebuah negeri.

" Pengabaian pada mereka maka mengundang pelbagai perkara yang tidak diingini,. Oleh itu menjadi tanggungjawab MPKK memastikan peruntukkan yang dikeluarkan kerajaan untuk golongan belia tidak   sia-sia. "jelasnya.


Tag: