Adun Belia Desak Persekutuan Tidak Khianat Royalti Terengganu
Foto : Harish Fadzillah
KUALA TERENGGANU – Kejayaan pasukan Terengganu Football Club (TFC) III menjuarai Piala Presiden 2018 dan pasukan TFC IV sebagai Naib Johan Piala Belia 2018 membuktikan bahawa Pelan Pembangunan Bola Sepak Terengganu berada pada landasan yang betul.
Ianya juga membuktikan kesinambungan program pembangunan pemain muda dalam menyediakan pemain pelapis yang berkualiti untuk diserapkan ke pasukan utama negeri pada masa hadapan.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, jawatankuasa teknikal dan pembangunan PBSNT yang bertanggungjawab mengurus pembangunan bola sepak negeri ini akan terus memantau dan memastikan program yang dilaksanakan adalah tersusun serta sistematik.
“PBSNT di bawah kepimpinan YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selaku presiden akan terus menyokong dan menyusun langkah proaktif dalam menghadapi saingan di masa hadapan.
“Selain itu juga aspek yang paling penting iaitu kebajikan para pegawai dan pemain amat diutamakan terutamanya gaji, masalah kecederaan dan urusan lain yang berkaitan.
“Agar mereka dapat memberi focus untuk mencapai sasaran sekaligus memberi kebanggaan kepada seluruh peminat bola sepak Terengganu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika di Majlis Kesyukuran meraikan pasukan Piala Presiden TFC III dan Piala Belia TFC IV di Permata Ballroom, Permai Inn, di sini, kelmarin (4 September).
Sehubungan dengan itu, berhubung dengan tohmahan di dalam media sosial menyatakan PBSNT tidak menyediakan urusan logistik bagi beberapa perlawanan terbaru adalah tidak tepat dan tidak benar.
“Komitmen pengurusan dalam hal ini amat diutamakan untuk memastikan pasukan sentiasa fokus.
“Prestasi pasukan TFC dalam kancah Piala Malaysia amat baik dan berharap agar peminat memberikan sokongan terus dari segi moral dan semangat serta beramai-ramai turun ke stadium memberi sorakan,” ujarnya.
Justeru itu, beliau berharap agar perancangan yang dibuat ini akan membuahkan hasil yang positif terhadap perkembangan bola sepak negeri.