Jalur Gemilang
Berita :
Pembangunan Mesti Adil Untuk Setiap Negeri, Rakyat
Pembangunan Mesti Adil Untuk Setiap Negeri, Rakyat
Wan Hadi
1 jam yang lepas
57

KUALA LUMPUR, 15 Oktober - Kerajaan Persekutuan perlu memastikan pengagihan pembangunan dilaksanakan secara adil dan saksama kepada setiap negeri serta menghormati hak rakyat yang telah dipersetujui, tegas Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, pembangunan tidak akan dapat dinikmati secara saksama sekiranya prinsip keadilan tidak diberikan perhatian dalam pelaksanaannya.

Ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini, beliau meletakkan keadilan dan keupayaan sebagai dua prinsip utama yang menjadi asas ucapannya.

“Keadilan yang saya maksudkan ialah berkisar kepada pengagihan pembangunan, penghormatan kepada hak rakyat yang telah dipersetujui serta peluang yang saksama untuk setiap negeri dan rakyat,” katanya.

Ahmad Samsuri berkata, selain keadilan dalam pengagihan pembangunan, kerajaan perlu mempunyai keupayaan untuk menunaikan tanggungjawabnya, terutama ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik.

Menurutnya, keupayaan itu merangkumi kekuatan kewangan, kecekapan pentadbiran dan kebijaksanaan kerajaan dalam memenuhi tanggungjawab berkenaan.

Beliau menegaskan, kedua-dua prinsip itu saling berkait kerana keadilan menentukan sama ada manfaat pembangunan dapat dirasai secara saksama, manakala keupayaan diperlukan untuk merealisasikan janji pembangunan.

“Tanpa keadilan, pembangunan tidak akan dirasai secara saksama dan tanpa keupayaan, janji pembangunan pula sukar diterjemahkan kepada kenyataan.

“Akhirnya yang akan tinggal sebagai satu janji yang tidak dapat dilaksanakan,” katanya.



Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan