KUALA TERENGGANU, 26 Ogos- Kontinjen Kelantan akan turut dijemput memeriahkan lagi Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) 2019 yang akan diadakan pada 5 hingga 9 September ini di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pasukan yang terdiri daripada atlet Negeri Kelantan itu akan mengambil bahagian dalam enam acara pilihan daerah.
“Kelantan (kontinjen kesembilan) akan menghantar atlet negerinya untuk turut sama beraksi di SUTERA 2019 hanya sekadar untuk memeriahkan acara dimana pungutan pingat yang diperolehi tidak akan dikira seperti lapan daerah lain.
Katanya, sukan ini hanya terbuka kepada rakyat negeri Terengganu sahaja atau yang bermastautin di negeri ini dan penganjuran SUTERA yang diadakan secara dwi tahunan dan berselang seli dengan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) turut menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM132,000 untuk tahun ini.
“Juara pasukan keseluruhan akan membawa pulang wang berjumlah RM70,000 dan naib juara sebanyak RM45,000 manakala tempat ketiga sebanyak RM15,000.Bagi Olahragawan dan olahragawati pula akan menerima RM1,000 hadiah kemenangan setiap seorang,” katanya ketika bersiaran secara langsung di TV Darul Iman, Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.
Menurut beliau, terdapat 13 acara sukan yang akan dipertandingkan dalam SUTERA 2019 yang julung kali diadakan itu yang mana tujuh daripadanya adalah acara wajib dan enam lagi merupakan acara pilihan daerah-daerah yang telah dipersetujui.
Tambahnya lagi, SUTERA bakal menghidupkan kembali peranan Majlis Sukan Daerah yang sudah lama menyepi dengan penganjurannya termasuk menjadi medium bagi mengaktifkan atlet yang berusia 21 tahun ke atas menggunakan platform SUTERA untuk meneruskan karier mereka.
“Dalam pada masa yang sama, kita mahu membentuk masyarakat yang aktif , sihat, berdisiplin dan bersatu padu di kalangan rakyat dimana kita mensasarkan SUTERA 2019 sebagai satu platform kepada para belia atau remaja dengan menjadikan sukan sebagai satu kaedah yang terbaik bukan sahaja mengisi masa mereka tetapi boleh dijadikan impian ataupun mengejar cita-cita kerana kita tahu sukan pada hari ini bukan sekadar hobi tetapi boleh dijadikan karier untuk masa depan masing-masing,” ujarnya.