Penyokong berkumpul sejak tengah malam untuk mendapatkan tiket. |
Muhammad mahu Terengganu bawa pulang Piala Malaysia. |
Seorang peminat bola sepak, Muhammad dari Kampung Ladang mengharapkan keajaiban buat dirinya yang menunggu sejak 8.30 pagi tadi.
"Penyokong terlalu ramai. Saya cuma harap tiket mencukupi, jika tidak terpaksalah menonton melalui televisyen sahaja.
"Sebagai penyokong tegar, kita mengharapkan kemenangan Terengganu. Satu gol sudah cukup, yang penting kita menang," katanya.
Sementara itu, Hasrul Bakar, 36 dari Bukit Besar, berjaya mendapatkan tiket setelah menunggu daripada 12.00 tengah malam tadi.
"Gembira, berbaloi menunggu lama. Tetapi hanya tiga keping tiket dewasa dan satu kanak-kanak dijual untuk seorang penyokong sahaja.
Penantian Hasrul berbaloi. |
"Melihat kepada corak permainan, insya-Allah kita boleh menang. Sasaran saya, menang 2-0," katanya.
Tinjauan di laman Facebook Tickethotline sejam lalu juga mendapati kesemua tiket telah habis dijual.
Tinjauan di laman Facebook Tickethotline sejam lalu juga mendapati kesemua tiket telah habis dijual.
Tiket perlawanan laku ibarat pisang goreng panas. |