Program Pemantapan, Tingkatkan Keyakinan Berbahas




Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN 25 Februari. – Penganjuran Program Pemantapan Ahli Jawatankuasa Terpilih sebagai  usaha meningkatkan tahap keyakinan  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersoal jawab dan juga berbahas di Persidangan Dewan Undangan Negeri.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Terengganu, Alias Harun, berkata program tersebut melibatkan timbalan-timbalan pengerusi di semua portfolio jawatankuasa kerajaan negeri.

"Dalam kursus itu kita diberi tunjuk ajar untuk berbahas di dalam Persidangan  Dewan Undangan Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh wakil UPDI yang diminta mengulas program yang dianjurkan oleh Pejabat DUN Negeri itu, baru-baru ini

Katanya, program yang berlangsung selama dua hari dan berakhir  22 Februari itu diadakan di Darul Iman Training Centre, Telok Teluk Kalong, Kemaman.

"Diantara pengisian program ialah menunjuk ajar bagaimana melaksanakan tugas-tugas di portfolio masing-masing di dalam menjayakan manifesto.

“Ianya juga untuk memantapkan kerja-kerja hala tuju kakitangan kerajaan ahli Dewan untuk memartabatkan tugasan masing-masing. ," katanya yang juga Adun Rantau Abang


Tag: