Rachmat dan Donny bersama pasukan MRU Motorsports. |
Kejohanan selama dua hari di Terengganu International Endurance Park (TIEP) itu berlangsung dalam keadaan hujan dan litar digenangi air.
Keadaan itu menyebabkan hanya 23 pelumba berjaya menamatkan saingan daripada keseluruhan 28 pelumba.
Penyelaras kejohanan, Mohd Kurnia Abdol Sakor berkata, walaupun cuaca agak mencabar, majoriti pasukan berjaya menamatkan perlumbaaan ini.
Kurnia harap Rally of Terengganu kembali tahun hadapan. |
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim merakamkan kesyukuran kerana para peserta berpuas hati dengan penganjuran tersebut.
“Bersyukur kerana trek kita diakui yang terbaik dan dimeriahkan dengan kedatangan pengunjung luar negeri. Kami berharap negeri ini akan menjadi destinasi pelancong dan pengunjung luar.
“Untuk penganjuran pada masa hadapan, kita sedia maklum lokasi ini sebenarnya adalah trek pertandingan kuda lasak. Bagaimanapun, kita dapat lihat Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin agak gembira dengan penganjuran ini dan kami mengira ia mendapat sokongan penuh daripada baginda Tuanku.
"Bagi penganjuran kali ini, kita berpuas hati dan harap dapat diteruskan lagi di negeri ini,” katanya yang hadir mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Kerajaan negeri bantu kelancaran kejohanan - Hishamuddin. |