Seri 1-1 : Skuad Penyu Sama Gagah Dengan Tok Gajah


  • Ahmad Syamim diasak oleh pemain Tok Gajah dalam pertarungan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini. TFC seri 1-1 dengan Pahang.

KUALA TERENGGANU, 12 Julai - Skuad Terengganu FC (TFC) dan Pahang sama kuat, masing-masing meraih satu mata dengan seri 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.

Skuad Penyu memperoleh gol pertama di minit 42 melalui jaringan Ahmad Shamim Yahya membolehkan TFC  mendahului Pahang pada separuh masa pertama.

Jaringan itu muncul ketika pertahanan Pahang agak kucar kacir apabila TFC melancarkan serangan balas selepas Pahang menyerang bertubi-tubi pintu gol skuad 'Peteh Terengganu Peteh'.

Bermula dengan babak kedua Muhamadou Sumareh menjaringkan gol penyamaan di minit ke 50 menggagalkan hasrat TFC memperoleh tiga mata dalam perlawanan tersebut.

Ketika bercakap kepada media selepas perlawanan Penolong Ketua Jurulatih, Mohd Nik  berpuashati dengan permainan anak buahnya malam ini dan menyifatkan mereka berusaha bermain dengan baik.

Beliau mengulas permainan Tok Gajah juga agak baik dengan kedua-dua belah pihak berbalas serangan dan kawalan pertahanan masing-masing juga boleh dipuji dengan tidak banyak kesilapan dilakukan.

Dengan kedudukan seri 1-1 menghalang Pahang untuk mengesahkan Skuad Tok Gajah itu dari menyandang gelaran naib juara Liga Super.


Tag: