SHMMP KRISMAS: 176 Anggota KPDN Terengganu Ditugaskan Pantau Harga
Oleh : Muhd Afiq Zohir
BESUT, 18 Mei - Program singgah sahur Jerteh menceriakan suasana persekitaran hospital daerah itu apabila kakitangan awam yang bertugas dan orang ramai teruja menerima juadah untuk bersahur.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mengagihkan juadah sahur itu di perkarangan Hospital Jerteh.
“Agihan juadah ini bertujuan untuk memberi kemudahan terutama kepada orang awam memandangkan pada awal pagi kebanyakan premis-premis perniagaan telah ditutup.
"ni bertujuan juga bagi menggalakkan orang awam untuk bersahur bagi mengikuti sunnah nabi kita,"katanya.
Juadah sahur diagih bermula pada jam 1.30 pagi di hospital daerah itu sebagai tempat tumpuan orang ramai.
Wan Azhar berkata, program itu dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama Islam dan dapat menghidupkan suasana yang sejahtera.
“Agihan sebegini akan diadakan setiap tahun di bulan Ramadan bagi memberi kemudahan terutama kepada petugas-petugas yang bekerja pada waktu malam,"katanya.