Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Azreen rampas gelaran ratu pecut. |
Azreen yang merupakan pelari kebangsaan, mencatat masa 11.81s menewaskan pelari Sabah di tempat kedua dan ketiga dalam saingan akhir di Stadium Negeri Perak, hari ini.
Bapa angkat pasukan olahraga, Hishamuddin Abdul Karim merakamkan tahniah kepada Azreen atas pencapaian luar biasa itu.
"Ia merupakan satu kebanggaan bagi seluruh rakyat Terengganu. Kita harap Azreen akan terus maju untuk langkah seterusnya.
"Kita percaya seluruh rakyat merasai kebanggaan memiliki ratu pecut baharu SUKMA ini," katanya.
Beliau yang juga merupakan Timbalan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri menyatakan, pasukan olahraga masih berada di landasan yang sepatutnya.
"Kita tidak meletakkan sasaran yang tinggi buat olahraga dan buat masa ini ia tercapai.
"Walau bagaimanapun, kita mengharapkan bonus-bonus pingat diperoleh juga dalam sukan ini," katanya.
"Walau bagaimanapun, kita mengharapkan bonus-bonus pingat diperoleh juga dalam sukan ini," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, acara 100M lelaki menyaksikan pelari Terengganu, Muhammad Zulfiqar Ismail sekadar meraih gangsa di belakang pelari Selangor (emas) dan Negeri Sembilan (perak) dengan catatan masa 10.46s.