Skuad BMX Terengganu. |
TAIPING- Pasukan berbasikal (BMX) mempamerkan aksi garang dengan membolot kesemua pingat emas dan menambah perak dalam perlumbaan BMX 350M yang berlangsung di Taman Tasik Kemunting, hari ini.
Ahmad Syazrin Awang Ilah merangkul emas menewaskan rakan sepasukan, Saniy Syahmi Mohd Safiee ditempat kedua dalam acara lelaki dengan beza catatan masa 00:00.003 saat.
Manakala, bagi acara wanita Siti Shahirah mencatat masa 00:39.745 saat meninggalkan rakan pasukan, Eddyna Nasuhar Zainal yang meraih perak dengan catatan masa 00:41.929 saat.
Pasukan berbasikal BMX Terengganu pamer aksi cemerlang. Foto Harish Fadzillah Kassim |
Pengurus pasukan, Mazlan Md Jamil meluahkan kegembiraan atas kemenangan berganda tersebut.
"Kita hanya meletakkan sasaran pingat perak kerana menjangkakan saingan sengit dalam acara ini.
"Bagaimanapun kita berjaya merangkul emas dan perak dalam acara ini" katanya sambil menyifatkan latihan ketat selama dua tahun membuahkan hasil terbaik.
Dalam pada itu, Mazlan turut berharap negeri lagi dapat mengikut jejak Terengganu dalam pembangunan sukan berbasikal BMX.
"Sekiranya demikian, kita dapat wujudkan persaingan lebih meriah serta menyediakan lebih banyak bakat baru untuk mewakili negara dalam sukan ini," katanya.
Bersaing sesama sendiri rebut tempat teratas. |