Atlet Judo Terengganu Hanelang. |
Kelebihan itu turut menjarakkan kedudukan Terengganu dengan pesaing lain untuk kekal di tangga teratas dengan jumlah pungutan lapan pingat emas, tujuh perak dan lima gangsa sehingga petang ini.
Seorang pemenang pingat emas judo, Fakrul Adam Jose M Cruz @ Fauzi Cruz, 20, dari Paka, pingat emas ini merupakan hadiah terakhir buat kontinjen Terengganu sebelum berundur dari bidang itu kerana had usianya yang sudah melepasi syarat penyertaan SUKMA.
"Ini merupakan penyertaan kali kedua selepas SUKMA 2013 di Kuala Lumpur yang mana pada masa tersebut gagal mendapat mana-mana pingat.
"Kekalahan tersebut menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk membuktikan bahawa gagal sekali bukan gagal selamanya dan saya berterima kasih kepada jurulatih saya yang banyak membantu untuk mencapai pingat emas pada hari ini," ujarnya ketika ditemui di SMJK Krian di sini hari ini.
Nurul Safiqah |
Sementara itu, bagi Nurul Safiqah Mohd Raslin,16, walaupun kecewa kerana gagal menyumbangkan emas namun tetap bersyukur dengan pingat perak yang berjaya diperolehi buat kali pertama menyertai SUKMA.
"Memang terkilan tetapi kesakitan pada bahu saya menyebabkan saya kurang fokus dan bertenaga untuk mengalahkan pihak lawan.
"Kecederaan di bahu berpunca dari masalah lama tetapi ia menjadi agak teruk kebelakangan ini menyebabkan pergerakan saya agak terbatas," katanya.
Empat lagi emas disumbangkan oleh Nur Ain Hafieza Amran, Alya Yasmeen Rosali, Mohamad Aizul Hilmi Zainudin dan Muhammad Izham Harun.
Pingat perak diraih oleh Nik Mohd Alfian Nik Azman, Mohd Alif Asnawi Azman dan Intan Nur Hayati Mahathir.
Manakala pingat gangsa pula diraih menerusi Muhammad Fizwan Abdur Rahman, Nasuha Mohd Khairi, Zuraida Ahmad dan Muhammad Nur Muizzudin Mahsan.