Pingat emas disampaikan ketua kontijen, Samiun Salleh. |
IPOH- Dua emas yang diperoleh daripada pasukan boling padang Terengganu menepati sasaran pingat emas pasukan tersebut bagi Sukan Malaysia (SUKMA) kali ini.
Acara perseorangan lelaki diwakili Muhammad Idham Amin Ramlan, meraih emas setelah menewaskan lawan dari Selangor yang juga pelapis pemain kebangsaan, Muhammad Haiqal Azami dengan skor 21-14 di Kompleks Sukan MBI di sini semalam.
Manakala dalam acara Triples wanita, trio Nor Zamziezah Ahmad, Nur Nadhirah Mohamad Taufik dan Nurul Balqis Anisha Bakar menewaskan trio Pahang dengan skor 15-10, meningkatkan pungutan pingat emas.
Pasukan boling padang akan bersaing pada hari ini dalam saingan berpasangan lelaki, Triples lelaki, berempat wanita, perseorangan wanita dan berpasangan campuran.
Pada SUKMA edisi ke-18 di Sarawak, pasukan boling padang berjaya membawa pulang dua emas dan dua gangsa.
Pasukan Lawn Bowls Terengganu. |