Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Arvin Shaun raih pingat pertama skuad renang. |
IPOH - Pasukan renang berpuas hati apabila merangkul satu pingat perak dan gangsa pada hari pertama acara itu dipertandingkan, semalam.
Pingat itu diraih Arvin Shaun Singh Chahal dalam acara 200M lelaki gaya bebas dengan catatan masa 1:53:12 dan 400M Individual Medley (4:33:01) yang berlangsung di Kompleks Sukan MBI, di sini.
Pungutan pingat tersebut memperbaiki rekod akuatik yang hanya memperoleh dua gangsa pada SUKMA edisi ke-18 di Sarawak dua tahun lalu.
Pengurus pasukan, Phua Jiunn Young berkata sewaktu SUKMA Sarawak, Arvin masih belum matang dari segi teknikal.
"Kematangan dan teknikal beliau yang semakin baik membantu skuad memperoleh pingat. Beliau juga adalah tonggak utama skuad kami kerana memiliki pengalaman dan menjalani latihan di Australia sebelum kejohanan.
"Tetapi boleh dikatakan rata-rata skuad kita masih muda dari segi pengalaman.
"Bagaimanapun, kami mengharapkan keajaiban dari perenang- perenang semoga kita dapat meraih pingat dalam acara disertai," katanya.
Beberapa acara renang dan terjun dipertandingkan hari ini dengan 11 emas ditawarkan.
Skuad renang SUKMA janji aksi terbaik. |