Pasukan sepak takraw Terengganu. |
Pengurus pasukan, Muhammad Alauddin Wahab berkata, kekuatan dan keyakinan mental pemain berjaya mengikat pasukan lawan untuk mengheret perlawanan ke penentuan mata regu ketiga.
"Perlawanan agak sengit namun syukur kita berjaya memenangi perlawanan tersebut," katanya.
Mohd Futra. |
Dalam pada itu, ketua jurulatih, Mohd Futra Abd Ghani mengakui perlawanan regu ketiga yang diheret ke 'tie break' berlangsung dalam debaran.
"Tetapi saya percaya kepada pemain-pemain saya bahawa mereka akan mengatasi pihak lawan hasil fokus dan bijak mencuri peluang.
" Rasa bimbang itu ada cuma syukur pemain mendapat semangat mengejar dari ketinggalan untuk memenangi perlawanan," katanya.
" Rasa bimbang itu ada cuma syukur pemain mendapat semangat mengejar dari ketinggalan untuk memenangi perlawanan," katanya.
Futra yang merupakan bekas pemain sepak takraw negara menyatakan sasaran pingat buat skuad Terengganu juga akan cuba dicapai dalam acara regu dan 'double' yang akan dipertandingkan esok.
Pada SUKMA edisi ke-16 di Sarawak lalu, pasukan sepak takraw berjaya menyumbang dua emas melalui acara berpasukan dan 'double' serta satu perak melalui acara regu.