Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
KUALA TERENGGANU, 19 Jun - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan perasaan sukacita melihat perkembangan pelaburan di Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika ini.
Baginda bertitah, projek 'Cristobalite' dan 'Ultra Purity Industrial Silica' di Marang dan Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi pembangunan perindustrian baharu berasaskan produk seramik kuarza di Cheneh, Kemaman merupakan pelaburan berimpak tinggi dijayakan kerajaan.
Titah baginda, kedua-dua pelaburan dalam bidang silika dan seramik itu bernilai RM3 bilion akan mewujudkan sebanyak 4,050 peluang pekerjaan.
"Beta menyeru agar kerajaan negeri meningtkatkan usaha dalam mempelbagaikan sektor industri berimpak tinggi termasuk dalam bidang teknologi hidrogen, bioteknologi, petrokimia, besi keluli dan industri revolusi 4.0.
"Tidak hanya bergantung kepada sumber petroleum dan gas, kerajaan perlu memberi penumpuan kepada pelaburan baharu seperti penerokaan sumber boleh diperbaharui yang berpotensi di negeri Terengganu," titah baginda ketika berucap Sempena Ulang Tahun Ke-61 Hari Keputeraan Baginda, di Istana Syarqiyyah, di sini, semalam.
Terdahulu, Sultan Mizan turut menyarankan agar pihak kerajaan dapat menyakinkan para pelabur tentang potensi dan kelebihan negeri Terengganu.
"Terengganu telah bersedia menerima penggunaan teknologi secara 'precise agriculture' dalam membangunkan sektor pertanian.
"Sektor perindustrian (juga) merupakan komponen yang penting dalam pembangunan ekonomi di sesebuah negeri. Negeri Terengganu juga amat mementingkan pembangunan sektor ini memandangkan permintaa yang tinggi oleh pelabur dari dalam dan luar negeri yang diterima oleh kerajaan.
"Peningkatan pelaburan ini sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi serta memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat setempat dan kawasan sekitar dengan limpahan ekonomi yang lebih komprehensif," titah Sultan Mizan.