SUTERA Terengganu: Adi Aliffudin Menang Emas Acara Lontar Peluru


KUALA NERUS, 8 September- Adi Aliffudin Hussin yang mewakili kontinjen Marang melakukan balingan terhebat pada percubaan terakhir untuk meraih pingat emas lontar peluru acara olahraga Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) 2019, hari ini.

Pada acara olahraga kejohanan SUTERA edisi pertama yang berlangsung di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu, Adi yang pernah mewakili Terengganu pada SUKMA 2010 berjaya memenangi emas acara tersebut selepas melakukan lontaran terbaik sejauh 12.92 meter (m).

Beliau menewaskan kontinjen jemputan dari Kelantan Muhamad Loqman Baharuddin (11.67m) di tempat kedua manakala gangsa milik atlet Kemaman Ahmad Zakwan Iddin Alias (11.62m) dan Ali Muzamsyar Arif Abdullah dari Dungun ditempat keempat dengan jarak lontaran (11.23m).


Sementara itu, bagi lempar cakera (wanita akhir) emas dimenangi Kontinjen Setiu, perak (Besut) dan gangsa (Kuala Terengganu).

Manakala Kontinjen Hulu Terengganu memperoleh emas dan gangsa bagi acara merejam lembing (lelaki akhir) serta perak dimenangi kontinjen Dungun.

Bagi acara 800m wanita akhir, emas dimenangi Kuala Nerus, perak (Setiu), gangsa (Kelantan) dan tempat keempat Marang.

Acara 800m lelaki akhir, johan menjadi milik Kelantan, Kuala Terengganu ditangga kedua, Dungun ketiga dan Kemaman ditempat keempat.





Tag: