|
Pemenang kategori lelaki. |
KUALA TERENGGANU, 5 September - Majlis Sukan Daerah (MSD) Dungun dan Marang masing-masing membuka catatan pingat dengan cemerlang apabila meraih emas dalam acara berbasikal (ujian masa perseorangan) yang tamat, sebentar tadi.
MSD Dungun menggondol emas dalam acara kategori lelaki yang diwakili Kee Zhe Yie setelah mencatat masa terbaik kejohanan menewaskan Muhammad Shahmir Aiman dari MSD Kuala Terengganu yang memperoleh Perak dan Mohd Afiq Iskandar dari MSD Setiu (Gangsa).
|
Peserta dilepaskan dari garisan permulaan. |
Manakala, MSD Marang mengungguli kategori wanita melalui Siti Nur Adibah Akma yang mengatasi Ezzatie Fifiyana Shazwanie dari MSD Kuala Terengganu dan Siti Nur Alia Mansor dari MSD Kuala Nerus untuk meraih emas pertama daerahnya.
|
Peserta kategori wanita. |
Bagaimanapun, MSD Kuala Terengganu berjaya mendominasi pungutan pingat apabila mengumpulkan dua perak dalam acara pertama itu.
Acara berbasikal kategori 200m Sprint akan berlangsung pagi esok di Litar Permotoran
Terengganu, Gong Badak.