• 08 Sept 2024 | 4 Rabiul Awal 1446

SUTERA Terengganu: Kuala Terengganu 'Nelang' Sukan Badminton

Skuad Kuala Terengganu.


Foto: Wan Luqman Hakim
Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 7 September- Acara akhir sukan badminton Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 yang berlangsung semalam menyaksikan penguasaan kontinjen Kuala Terengganu yang mendominasi kedua-dua acara berpasukan kategori lelaki dan wanita.

Berlangsung di Stadium Negeri Kuala Terengganu, wakil Kuala Terengganu menggondol pingat Emas bagi kategori lelaki berpasukan apabila menewaskan pasukan Marang  dengan mata 3-0 di tempat kedua manakala pasukan Kuala Nerus dan Dungun  masing-masing memperoleh Gangsa.

Manakala, bagi kategori wanita wakil Kuala Terengganu juga mengungguli Emas mengatasi Marang dengan mata 4-1 manakala Kuala Nerus dan Hulu Terengganu membawa pulang pingat Gangsa.

SUTERA memasuki hari keempat dengan kontinjen Kuala Terengganu terus mendahului carta pungutan pingat dengan 14 Emas, 9 Perak dan 12 Gangsa.


Tag: