DUN Terengganu Lulus Pindaan Enakmen Tanah Simpan Orang Melayu
KUALA TERENGGANU, 10 Februari - TDM Berhad (TDM) secara rasminya telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) dan melantik Pegawai Bertanggungjawab (OIC) TDM Berhad berkuatkuasa pada Februari.
EXCO ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah TDM (Lembaga) yang bertindak sebagai medium antara Lembaga, Jawatankuasa Lembaga dan Pengurusan.
EXCO akan berperanan mengawasi dan memastikan semua keputusan Lembaga dan arahan kepada pengurusan dilaksanakan dengan lancar dan cekap.
Manakala, pelantikan OIC adalah untuk mengisi kekosongan dalam kepimpinan pengurusan utama dan untuk mengambil alih dan melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) dalam Had Pihak Berkuasa Delegasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
Pengerusi TDM, Dato' Haji Raja Idris Raja Kamarudin berkata, dalam masa yang sama pengurusan tertinggi juga sedang meneliti dan mengenal pasti calon yang sesuai untuk diketengahkan pada posisi GCEO bagi memantapkan pentadbiran TDM.
“Lembaga Pengarah kini sedang menjalankan proses mengenal pasti dan memilih Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan selepas itu akan membuat pengumuman yang sewajarnya,” ujarnya.
Ianya berikutan kontrak pekerjaan GCEO, Mohamat Muda yang tamat pada 31 Januari 2019 yang lalu.
Amir Mohd Hafiz Amir Khalid, 39, yang dilantik sebagai OIC TDM Berhad merupakan ahli Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) yang memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Perakaunan dan Kewangan dari Universiti Liverpool John Moores, United Kingdom.
Selain itu, beliau juga berkelulusan Diploma Intensif dalam Pengurusan Kelapa Sawit dan Teknologi dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Beliau juga mengikuti kursus Advanced Management Programme dari National University of Singapore (NUS) dan juga kursus Advance International Corporate Finance dari INSEAD, Paris.
Untuk rekod, TDM merupakan anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama di Terengganu dan antara perintis pertama di Malaysia yang menghasilkan biogas melalui sisa kelapa sawit untuk menjana tenaga elektrik.
TDM telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia dengan perniagaan teras dalam perladangan kelapa sawit dan penjagaan kesihatan.
TDM telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia dengan perniagaan teras dalam perladangan kelapa sawit dan penjagaan kesihatan.
Bahagian perladangan, TDM menguruskan 16 ladang kelapa sawit dan tiga buah kilang di Terengganu dan Indonesia.