Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Wan Sukairi (kiri) sibuk melayan atlet Terengganu di Majlis Temu Mesra Bersama Exco itu di Dewan Serbaguna MSNT Kuala Nerus. |
Justeru Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata untuk itu para atlet Terengganu perlu memperkuatkan tekad serta konsisten menjaga kualiti dan prestasi sukan untuk mencapai matlamat tersebut.
Sekaligus beliau menasihatkan semua pengurus sukan negeri tidak membiarkan permasalahan dalaman atau luaran berlarutan sehingga merosakkan mutu sukan atlet Terengganu.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Temu Mesra bersama Exco Pembangunan Sukan, Belia dan NGO negeri di Dewan Serbaguna Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan. Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Mufti negeri, Dato’ Dr Zulkifly Muda dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Ibni Amin Busu.
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah. |
SUTERA dijangka akan diadakan di beberapa tempat terpilih yang akan diumumkan kemudian bermula 5 hingga 9 September ini.
Katanya, untuk itu di samping keazaman kental dipertahankan di kalangan atlet Terengganu, mereka juga perlu terus konsisten untuk mencapai kejayaan dalam sukan sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antara bangsa.
Dengan konsisten memboleh atlet menghadapi segala rintangan dengan mudah seperti seseorang yang konsisten mengangkat binatang ternakan yang besar sejak dari kecil sehingga berumur dua atau tiga tahun.
"Walaupun berat ketika berumur tiga tahun tetapi seseorang itu berjaya berbuat demikian kerana dia mula mengangkat binatang itu setiap hari sejak dilahirkan dari perut ibunya sehingga usia berkenaan.
"Begitu juga dengan aktiviti sukan, tidak mustahil atlet Terengganu berupaya berbuat demikian dan sekaligus mempertahankan kejuaraan dalam SUKMA Tahun 2020 nanti," katanya.