Ariffin (dua dari kanan) menyampaikan piala kepada Ali (tengah) dalam Terengganu Fight Muay Thai 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Nerus. |
KUALA NERUS, 3 Ogos - Kerajaan Terengganu akan memasukkan Terengganu Fight Muay Thai dalam kalendar pelancongan negeri sekiranya penganjur berhasrat meneruskan pertandingan itu tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, pertandingan berprestij itu adalah kali kedua buatnya semalam.
"Malam ini (malam semalam) adalah untuk tahun kedua saya hadir di sini bagi menyaksikan perlawanan Muay Thai.
Ariffin (tiga dari kanan) bersalaman dengan peninju dari negara Algeria. |
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superitendan Suffian Sulaiman.
Acara tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Persatuan Muay Thai Negeri Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.
Ali (kanan) dalam satu aksi menentang Deng di Terengganu Fight Muay Thai 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Nerus, semalam. |
"Kita (kerajaan negeri) mengharapkan Terengganu terus maju, berkat dan sejahtera dalam semua bidang," ujarnya.
Ariffin turut menyampaikan piala kepada peninju Terengganu, Ali Yakob selepas menang dengan kiraan mata mengalahkan peninju dari Kelantan, Deng Chidam.
Ali dan Deng adalah saingan regu keenam dan terakhir dalam pertandingan tiga pusingan bertaraf dunia itu.
Pertandingan tahunan itu disertai oleh peninju dari Republik Islam Iran, Algeria, Laos, Thailand dan Malaysia.
Turut diadakan cabutan bertuah berupa hadiah dua buah motosikal berjenama yang dimenangi dua anak Terengganu termasuk dari Besut dan Setiu.