Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Terengganu (PIKAT) terus memperkukuh usaha memartabatkan seni khat dan kaligrafi Islam sebagai warisan yang mempunyai nilai pendidikan, budaya dan keagamaan.